Saturday, December 26, 2009


One day you feel like crying…….call me. I don’t promise that I will make u laugh, but I can cry wit u. If one day u want to run away—don’t be afraid to call me. I don’t promise to ask u to stop…..but I can run with u. If one day u don’t want to listen to anyone…..call me. I promise to be there for u. I promise to be very quite. But one day if u calls….and there is no answer…..come fast to see me. Perhaps I need u.

Thursday, December 10, 2009

Utusan Dari Insan Bertaubat...

Mastika edisi Disember 2009 saya pegang erat. Setelah sekian lama saya meninggalkan Mastika dengan cerita mistiknya, kini majalah no 1 di Malaysia kini kembali ke dalam koleksi saya menggantikan pelbagai majalah berbahasa Inggeris. Apa yang merubah pandangan saya terhadap Mastika? “Kaki Penzina, Pemabuk Melekat Di Atas Sejadah”.

Cerita Zakri menyedarkan saya. Jika ia boleh terjadi pada Zakri, tentu sahaja boleh terjadi kepada saya kerana kami serupa,penzina. Bukan niat membuka pekung di dada tetapi sekadar berkongsi rasa agar menjadi panduan hamba Allah diluar sana yang masih lagi khayal dengan keseronokan yang sementara.

Selesai membaca cerita Zakri, azan dari masjid 500 meter dari rumah keluarga berkumandang memanggil umatnya untuk mengerjakan solat. Saya tersedar dari lamunan. Cerita Hasan Bin Abil Hasan pula bermain di fikiran saya. Tidak! Aku tidak boleh melengahkannya.

Saya ke bilik mandi membersihkan diri. Setiap inci tubuh saya sental sambil menangis. Kotornya tubuh ini. Selama lima tahun saya bergelumang dengan dosa – berzina kegemaran saya, solat sudah lama tidak saya dirikan kecuali sebab terpaksa. Tapi saya syukur kerana saya tidak pernah terlibat dengan arak atau dadah.

Kali pertama setelah sekian lama, saya membuka kembali telekung yang terlipat di almari. Saya pakai dengan perlahan dan cuba untuk mendirikan solat tapi ada sesuatu yang menghalang saya – bacaan yang dah lama saya lupakan. Saya mencari buku panduan asas fardu ain yang saya beli semester lepas dari ustazah yang datang memberi ceramah di kolej.

Saya selak helaian dan mencari bacaan dalam solat. Kandungan muka surat 52 hingga 58 saya baca dengan perlahan. Saya dapat mengingati kembali bacaan ini yang sudah tersimpan lama di suatu sudut di otak ini. Saya baca dengan perlahan, Alhamdulillah walaupun agak lama meninggalkan solat tapi bacaannya masih saya ingat. 20 minit saya terdiam cuba mengembalikan bacaan ini agar saya dapat mendirikan solat dengan sempurna. Selesai solat, saya berdoa memohon kepada Allah agar mengampunkan segala dosa yang telah saya lakukan selama ini.

Selesai solat isya’, saya mencari buku panduan solat sunat di rak. saya baca dengan teliti setiap patah perkataan untuk mendirikan solat sunat taubat. Semalaman saya tidak dapat tidur bimbang esok sudah tiada lagi untuk saya sedangkan saya belum menunaikan solat sunat taubat.

Hari kedua dalam calendar hidup saya yang baru, Alhamdulillah saya gunakan masa yang ada ini mentelaah kembali bacaan dalam solat serta cara untuk menunaikan solat sunat Taubat. Malam itu selepas solat fardu Isya’, serahkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat sunat taubat. Saya telah berjanji kepada diri sendiri, saya bukan orang yang sama seperti semalam – kegiatan haram itu akan saya tinggalkan.

Selesai solat saya bertafakur sambil bibir beristighfar kepada Allah. “Aku memohon keampunan kepadaMu Allah, yang Maha Agung. Tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup dan berdiriNya dan aku bertaubat kepadaNya”. Saya sebut dengan rendah diri dan penuh ketakutan bimbang dosa yang saya lakukan ini tidak terampun olehNya.

Titisan air mata saya mula merembes keluar apabila istighfar itu masuk bilangan yang kelima. Seolah-olah apa yang berlaku pada Zakri kini berlaku kepada saya, segala dosa yang saya lakukan kini kembali satu persatu ke dalam ingatan saya. Wajah-wajah lelaki yang pernah meniduri saya satu persatu ditayangkan didalam genangan air mata. Saya tutup mata dan meneruskan istighfar namun kelakuan tidak bermoral saya itu tetap ditayangkan di minda saya.

Bermula dari umur 5 tahun dirogol jiran sendiri tanpa kesedaran ia adalah jenayah, saya membenarkan ia berlaku sekali lagi ketika berumur 17 tahun. Saya ke kota Kuala Lumpur untuk berjumpa dengan lelaki yang saya kenal melalui laman sembang. Sepulangnya saya dari kota, kakak berang dan membawa saya ke hospital dan doctor mengesahkan terdapat kesan luka yang baru dan lama pada kemaluan saya. Kakak saya menangis di hadapan staff dan doctor. Saya menceritakan hal yang terjadi semasa saya berumur 5 tahun.

Alang-alang diri sudah kehilangan dara, saya menjadikan ia tiket untuk saya meneruskan kegiatan tidak bermoral. Saya menjadi perempuan simpanan kepada lelaki berpoket tebal. Teman lelaki bersilih ganti, mereka berikan wang, saya puaskan nafsu mereka.

Setelah hampir enam tahun, saya mengenali ramai lelaki. Ahli politik, peniaga besar, peniaga kecil, engineer, melayu, cina, india. Dan kini perbuatan itu sedikit pun tidak menimbulkan kebanggaan pada diri saya.

Saya meneruskan istighfar memohon keampunanNya. Beberapa kali saya tidak mampu bernafas. Dada terasa pedih, ruang udara terasa sempit, mata tidak mampu dibuka kerana saya tidak sanggup untuk melihat diri yang kotor dan hina ini memohon ampun sedangkan selama ini saya begitu angkuh sehinggakan tidak mahu sujud kepada Si Pencipta.

Begitu sombongnya saya sebelum ini tidak mahu bersyukur dengan segala rezeki dan kesejahteraan yang saya perolehi malah terus menerus melakukan dosa.

Melihat anak-anak gadis remaja yang usianya telah saya tempuh, saya bersimpati dengan mereka kerana mereka hilang arah tuju dalam mencari identity diri seperti mana yang berlaku kepada saya sebelum ini. Terumbang-ambing cuba menyesuaikan diri dengan arus semasa padahal ia sedikitpun tidak memberi faedah kepada saya.

Tapi saya tahu Allah masih sayangkan saya, oleh itu Dia menciptakan pengarang-pengarang yang berdedikasi di Mastika yang memikul tanggungjawab yang besar untuk menyampaikan kebaikan walaupun 1 ayat, apatah lagi 1 artikel yang penuh keinsafan.

6 Disember 2009, 3 pelatih sebuah kolej swasta telah meninggal dunia dihempap oleh sebuah kereta di sebuah kompleks beli belah di Kota Bharu yang terletak bersebelahan kolej tersebut. Usia mereka hanya beberapa tahun lebih muda dari saya tapi ia tidak menghalang Malaikat Maut untuk menjemput mereka kembali menemui Penciptanya. Ajal maut itu tidak dapat bertangguh dan ia tidak mengenal usia, Allahu Akbar.

Kini cuma satu harapan saya khas buat lelaki-lelaki yang pernah mendampingi saya, sahabat-sahabat yang sentiasa bersama-sama susah dan senang, kawan-kawan yang telah membiarkan saya dalam kealpaan dan ahli keluarga serta saudara-saudara seagama dengan saya sekalian juga pada diri saya sendiri: semoga kita tidak pernah terlambat walau sesaat pun untuk bertaubat hanya kerana kita terlalu sibuk dengan perihal dunia yang sia-sia. Subhanallah, Allahuakhbar...

Wednesday, June 10, 2009

Sekali Sahaja,....


Penyesalan terbesar dalam hidup ialah risiko yang kita tidak ambil. Jika anda merasakan sesuatu itu akan membuatkan anda bahagia, maka teruskan. Ingatlah bahawa kita akan melalui semua ini hanya sekali, mungkin tiada lagi peluang kedua.

MY DECLARATION OF SELF-ESTEEM..















What I am is good enough if I would only be it openly.

Carl Rogers

The following was written in answer to a 15-year-old girl’s question. “How can I prepare myself for a fulfilling life?”

I am me.


In all the world, there is no one else exactly like me. There are people who have some parts like me but no one adds up exactly like me. Therefore, everything that comes out of me is authentically mine because I alone choose it.


I own everything about me- my body, including everything it does; my mind, including all my thoughts and ideas; my eyes, including the images of all they behold; my feelings, whatever it might be-anger, joy, frustration, love, disappointment, excitement; my mouth and all the words that come out of it- polite, sweet and rough, correct or incorrect; my voice, loud and soft; all my actions, whether they be to others or myself.


I own my fantasies, my dreams, my hopes, my fears.


I own all my triumphs and successes, all my failures and mistakes.


Because I own all of me, I can become intimately acquainted with me. By so doing, I can love me and be friendly with me in all my parts. I can then make it possible for all of me to work in my best interests.


I know there are aspects about myself that puzzle me, and other aspects that I do not know. But as long as I am friendly and loving to myself, I can courageously and hopefully look for solutions to puzzles and for ways to find out more about me.


However I look and sound, whatever I say or do, and whatever I think and feel at given moment in time is me. This is authentic and represents where I am at that moment in time.


When I review later how I looked and sounded, what I said and did, and how I thought and felt, some parts may turn out unfitting. I can discard that which unfitting and keep that which proved fitting, and invent something new for that which discarded.


I can see, hear, feel, think, say and do. I have the tools to survive, to be close to others, to be productive, to make sense and order out of the world of people and things outside of me.


I own me and therefore I can engineer me.

I am me and I am okay.

Virginia Satir.


Risking..












Two seeds lay side by side in the fertile spring soil.


The first seed said, “ I want to grow! I want to send my roots deep into the soil beneath me, and thrust my sprouts through the earth’s crust above me.... I want to unfurl my tender buds like banners to announce the arrival of spring..... I want to feel warmth of the sun on my face and the blessing of the morning dew on my petals.”

And so she grew.


The second seed said, “ I am afraid. If I send my roots into the ground below, I don’t know what I will encounter in the dark. If I push my way through the hard soil above me I may damage my delicate sprouts.... what if I let my buds open and snail tries to eat them? And if I were to open my blossoms, a small child may pull me from the ground. No, it is much better for me to wait, until it safe.”


And so she waited.


A yard hen scratching around in the early spring ground for food found the waiting seed and promptly ate it.



MORAL OF THE STORY

Those of us who refuse to risk and grow get swallowed up by life.



DON’T BE AFRAID TO FAIL...

You’ve failed many times, although you may not remember.

You fell down the first time you tried to walk.

You almost drowned the first time you tried to swim didn’t you?

Did you hit the ball the first time you swung a bat?

Heavy hitters, the one who hit the most home runs, also strike out a lot.

R.H. Macy failed seven times before he store in New York caught on.

English novelist John Creasey got 753 rejection slips before he published 564 books.

Babe Ruth struck out 1,330 times, but he also hit 714 home runs.

Don’t worry about failure.

Worry about the chances you miss when you don’t try.