Thursday, January 28, 2010

Kenapa Kristian Tiada Hak Menggunakan Kalimat ALLAH?

Assalamualaikum W.B.T dan Salam Sejahtera..
Saya terpanggil untuk menulis email ini kerana isu besar mengenai penggunaan nama Allah oleh Herald-The Catholic Weekly. Saya ingin memberi beberapa pandangan, cadangan dan informasi hasil dari pembacaan dan pengkajian saya sendiri selama hampir 10 tahun mengenai agama Nasrani yang kini dikenali sebagai agama Kristian. Bukan niat saya untuk mencari kelemahan agama tersebut tetapi, bagi saya ianya sebagai satu pembacaan ilmiah dan sebagai seorang Islam tidak salah bagi saya membaca dan mengkaji sabagai menambah ilmu pengetahuan.

Pada pandangan saya, sebagai orang Islam kita harus bersabar dan mencari jalan secara lebih berhikmah (wisdom) untuk hadapi situasi seperti ini. Mengadakan demonstrasi dengan menunjukkan kemarahan seolah-olah memberi gambaran orang Islam itu satu umat yang tidak rasional. Sebagai umat Islam kita telah diperintahkan oleh Allah S.W.T. supaya sentiasa berpesan dalam kebenaran dan berpesan dalam kesabaran (Surah Al-Asr). Pendekatan yang lebih berbentuk Ilmiah dan hikmah adalah yang terbaik untuk hadapi situasi seperti ini.

Saya ingin berkongsi beberapa informasi yang berguna yang mungkin dapat dijadikan panduan oleh pihak-pihak yang berkenaan terutama pihak KDN, Majlis Fatwa Kebangsaan, Jabatan Agama Islam, NGO atau Persatuan Peguam Muslim.

Sebenarnya, umat Kristian telah lama kehilangan hak untuk menggunakan perkataan Allah kerana pihak gereja sendiri telah menggugurkan perkataan tersebut dari sebarang urusan gereja dan upacara keagamaan. Pada tahun 325 Masihi satu pengistiharan dalam Muktamar Nicea menyatakan bahawa Trinity adalah akidah utama orang Kristian yang terdiri daripada Bapa, Anak dan Roh Kudus. Ini diikuti oleh Muktamar Constantinople 1 pada tahun 381 Masihi yang mengukuhkan peristiharan terdahulu bahawa semua orang Kristian menggunakan istilah Bapa, Anak dan Roh Kudus. Pada Muktamar Ephesus 1 pada tahun 431 Masihi, pihak gereja melarang orang2 Kristian menggunakan nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Injil untuk percakapan harian dan hanya menggunakan perkataan Bapa sahaja. Nama-nama Tuhan hanya boleh digunakan dalam upacara keagamaan oleh pihak gereja sahaja.

Ketika berlakunya perpecahan aliran dalam agama Kristian di Eropah, aliran Protestant telah muncul untuk keluar dari pengaruh kekuasaan Gereja Katolik yang berpusat di Rome. Akibat daripada perpecahan tersebut juga memberi kesan kepada kitab Bible. Gereja Katolik menerbitkan Bible edisi Geneva pada tahun 1560 dan pihak Protestant menentang penerbitan Bible edisi in dan hasilnya pada tahun 1611 mereka menerbitkan Bible edisi King James. Pada tahun 1769, Bible edisi King James telah diterima pakai oleh dunia Kristian dan digunakan sehingga ke hari ini. Saya ingin menjelaskan disini sebelum tahun 1769, edisi King James mengandungi 4 perkataan kalimat ‘Alah’. Kalimat ‘Alah’ ini telah dibuang dari edisi King James selepas tahun 1769. Edisi King James yang digunakan sekarang tidak mengandungi kalimat tersebut. Oleh itu. Saya berpendapat, agama Kristian sudah tidak mempunyai hak untuk menggunakan kalimat atau perkataan ‘Allah’ untuk apa tujuan sekalipun. Pihak penerbit Herald-The Catholic Weekly seharusnya mengkaji sejarah agama Kristian sendiri sebelum bercita-cita menggunakan perkataan ‘Allah’ dalam penerbitannya. Jika didalam kitab suci agama Kristian tidak ada perkataan ‘Allah’ bagi merujuk nama Tuhan, maka tidak wajar bagi pihak penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakannya.

Dari segi linguistik pula, perkataan atau kalimat ‘Allah’ adalah berasal dari bahasa Arab iaitu ‘Al-Ilah’. Dalam bahasa Arab, kata dasar ‘Ilah’ bermaksud “Tuhan yang mempunyai sifat yang tunggal”. Sifat kata dasar ‘Ilah’ juga tidak mempunyai kata ganda yang menunjukkan bilangan (plural) seperti god (singular) dan gods (plural) atau tuhan (bilangan satu) dan tuhan-tuhan (bilangan lebih dari satu). Selain itu, kata dasar ‘Ilah’ juga tidak menunjukkan jantina (gender) seperti god (male) dan goddess (female) atau dewa dan dewi seperti tuhan-tuhan Mesir Purba iaitu Osiris (lelaki) dan Isis (Perempuan). Kata dasar ‘Ilah’ itu sendiri adalah bersifat satu atau tunggal yang bertentangan dengan doktrin Kristian iaitu Trinity. ‘Ilah’ bersifat Uno yakni satu manakala doktrin Trinity pula tuhan itu terdiri daripada 3 oknum iaitu Bapa, Anak dan Roh Kudus yang bertindak secara berasingan. Jika diteliti dengan sepenuhnya terdapat pebezaan yang ketara antara sifat ‘Ilah’ dengan doktrin Trinity tersebut.

Terdapat banyak nama-nama Tuhan di dalam kitab Taurat, Zabur dan Injil. Agama Kristian yang berasal daripada Judeo-Christian, menggabungkan kitab Taurat, Zabur dan Injil dan dikenali sebagai Holy Bible. Bagi saya secara rasionalnya Paderi Murphy Pakiam selaku penerbit Herald-Catholic Weekly sudah tentu lebih mengetahui nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible. Antaranya ialah Jehovah, Yahweh, Eloh, Eli atau El. Secara rasionalnya juga penerbit Herald-Catholic Weekly boleh menggunakan nama-nama ini dalam penebitan mereka kerana orang-orang Kristian lebih terdedah kepada nama-nama Tuhan yang terdapat dalam Kitab Bible. Persoalannya sekarang, kenapa Paderi Murphy Pakiam tidak menggunakan nama-nama Tuhan yang terdapat dalam kitab Bible tersebut? Sebagai contoh, Jesus pernah bersuara dengan nada yang kuat menyebut salah satu nama Tuhan seperti yang dirakamkan oleh Injil. Jesus menyebut “Eli, Eli lama sabachtani” sebagai kata-kata terakhir beliau. Maksud Eli ialah Tuhanku. Bahasa ibunda Jesus ialah bahasa Aramaic iaitu salah satu dialek bahasa Ibrani (Hebrew). Saya berpendapat adalah lebih realistik bagi penerbit Herald-Catholic Weekly menggunakan nama Tuhan seperti yang keluar dari lidah Jesus sendiri. 1.3 billion orang Islam seluruh dunia yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan bertutur dalam pelbagai bahasa menggunakan kalimat Allah yang berasal daripada bahasa asalnya iaitu bahasa Arab. Bahasa Arab adalah bahasa pertuturan Baginda Rasululllah kerana baginda berbangsa Arab. Orang-orang Islam tidak menterjemahkan Allah kepada bahasa ibunda masing-masing. Ini adalah kerana kalimat Allah tidak sesuai diterjemahkan ke dalam bahasa-bahasa lain. Begitu juga dengan orang-orang Kristian, mereka sepatutnya mengikuti Jesus dengan menyebut nama Tuhan dalam bahasa asal iaitu bahasa Aramaic yakni bahasa ibunda Jesus.

Dari segi perundangan, sudah terang dan nyata menunjukkan bahawa perkataan Allah adalah hak eksklusif untuk orang-orang Islam. Saya menyarankan kepada KDN, Jakim dan Persatuan Peguam Islam menggunakan sumber Al-Quran di mahkamah nanti. Secara logik dan rasional minda saya ialah, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menyatakan bahawa agama Islam adalah agama rasmi Persekutuan. Oleh kerana itu, semua orang tahu bahawa sumber agama Islam adalah Al-Quran. Kewajaran Al-Quran sebagai dokumen yang telah didokumentasikan oleh para sahabat Rasullullah sebagai sumber yang authentik untuk dijadikan hujah di mahkamah nanti. Surah Al-Ikhlas dengan jelas menyatakan bahawa Allah adalah hak eksklusif bagi orang-orang Islam. Maksud Surah Al-Ikhlas-“Katakanlah Allah Itu Esa(1). Allah tempat bergantung sekelian makhluk(2). Tidak beranak dan tidak pula diperanakkan(3). Dan tiada satu pun yang setara denganNya(4)”. Perhatikan ayat pertama dengan jelas menunjukkan Allah adalah Esa. Secara eksklusifnya hanya untuk orang-orang Islam kerana orang-orang Islam berima kepada Allah yang Esa. Ayat yang kedua pula dengan jelas bertentangan dengan doktrin Trinity. Soalnya sekarang, adakah keputusan mahkamah yang lalu boleh mengatasi Perlembagaan Persekutuan?

Sekian.
Mohamad Nabzrol bin Mat Nayan
700131-02-5011.
Bukit Indah, Ampang, Selangor Darul Ehsan.

Saturday, January 23, 2010

Renungkanlah Hawa..

Hawa,
Sedarkah engkau sebelum datangnya sinar islam, kita dizalimi, hak kita dicerobohi, kita ditanam hidup-hidup, tiada penghormatan walau secebis oleh kaum adam, tiada nilaian dimata adam, kita hanya sebagai alat untuk memuaskan hawa nafsu mereka. Tapi kini bila rahmat islam menyelubungi alam bila sinar islam berkembang, darjat kita diangkat ,maruah kita terpelihara, kita dihargai dan di pandang mulia, dan mendapat tempat di sisi Allah sehingga tiada sebaik-baik hiasan didunia ini melainkan wanita solehah.

Wahai Hawa,
Kenapa engkau tak menghargai nikmat iman dan islam itu? Kenapa mesti engkau kaku dalam mentaati ajaranNya, kenapa masih segan mengamalkan isi kandungannya dan kenapa masih was-was dalam mematuhi perintahNya? Wahai Hawa,Tangan yang mengoncang buaian bisa mengoncang dunia, sedarlah hawa kau bisa mengoncang dunia dengan melahirkan manusia yang hebat yakni yang soleh solehah, kau bisa mengegar dunia dengan menjadi isteri yang taat serta memberi dorongan dan sokongan pada suami yang sejati dalam menegakkan islam di mata dunia. Tapi hawa jangan sesekali kau cuba mengoncang keimanan lelaki dengan lembut tuturmu, dengan ayu wajahmu, dengan lengguk tubuhmu. Jangan kau menghentak-hentak kakimu untuk menyatakan kehadiranmu.

Jangan Hawa ,
jangan sesekali cuba menarik perhatian kaum adam yang bukan suamimu. Jangan sesekali mengoda lelaki yang bukan suamimu, kerna aku khuatir ia mengundang kemurkaan dan kebencian Allah. Tetapi memberi kegembiraan pada syaitan kerana wanita adalah jala syaitan, alat yang di eksploitasikan oleh syaitan dalam menyesatkan Adam.

Hawa,
Andai engkau masih remaja, jadilah anak yang solehah buat kedua ibubapamu, andai engkau sudah bersuami jadilah isteri yang meringankan beban suamimu, andai engkau seorang ibu didiklah anakmu sehingga ia tak gentar memperjuangkan ad-din Allah.

Hawa,
Andai engkau belum berkahwin, jangan kau risau akan jodohmu, ingatlah hawa janji tuhan kita , wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik. Jangan mengadaikan maruahmu hanya semata-mata kerana seorang lelaki, jangan memakai pakaian yang menampakkan susuk tubuhmu hanya untuk menarik perhatian dan memikat kaum lelaki, kerana kau bukan memancing hatinya tapi merangsang nafsunya. Jangan memulakan pertemuan dengan lelaki yang bukan muhrim kerana aku khuatir dari mata turun ke hati, dari senyuman membawa ke salam, dari salam cenderung kepada pertemuan dan dari pertemuan..takut lahirnya nafsu kejahatan yang menguasai diri.

Hawa,
Lelaki yang baik tidak melihat paras rupa, lelaki yang soleh tidak memilih wanita melalui keseksiannya, lelaki yang warak tidak menilai wanita melalui keayuaannya, kemanjaannya ,serta kemampuannya mengoncang iman mereka. Tetapi hawa, lelaki yang baik akan menilai wanita melalui akhlaknya, peribadinya, dan ad-dinnya. Lelaki yang baik tidak menginginkan sebuah pertemuan dengan wanita yang bukan muhrimnya kerana dia takut menberi kesempatan pada syaitan untuk mengodanya. Lelaki yang warak juga tak mahu bermain cinta sebabnya dia tahu apa matlamat dalam sebuah hubungan antara lelaki dan wanita yakni perkahwinan.

Oleh itu Hawa,
Jagalah pandanganmu ,jagalah pakaianmu, jagalah akhlakmu, kuatkan pendirianmu. Andai kata ditakdirkan tiada cinta dari Adam untukmu, cukuplah hanya cinta Allah menyinari dan memenuhi jiwamu, biarlah hanya cinta kedua ibubapamu yang memberi hangatan kebahagiaan buat dirimu, cukuplah sekadar cinta adik beradik serta keluarga yang akan membahagiakan dirimu.

Hawa,
Cintailah Allah dikala susah dan senang kerana kau akan memperolehi cinta dari insane yang juga menyintai Allah. Cintailah kedua ibubapamu kerana kau akan perolehi keredhaan Allah. Cintailah keluargamu kerana tiada cinta selain cinta keluarga. Hawa ,Ingatanku yang terakhir, biarlah tangan yang mengoncang buaian ini bisa mengoncang dunia dalam mencapai keredhaan Illahi. Jangan sesekali tangan ini juga yang mengoncang keimanan kaum Adam, kerana aku sukar menerimanya dan aku benci mendengarnya.


http://www.iluvislam.com/v1/readarticle.php?article_id=2217

Motivasi Diri.......


01- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupun tidak kelihatan cantik ia tetap mempunyai berjuta makna. Sumber: http://www.familiazam.com...

02- Kehidupan bukanlah kesenangan yang berterusan, tapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.

03- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.Sumber: http://www.familiazam.com...

04- Tujuan saya dalam hidup ialah berpegang pada diri sendiri walau apapun yang berlaku, dan bukan mementangnya.

05- Takdir yang tertinggi seorang individu ialah untuk memberi khidmat daripada memberi arahan.

06- Ujian keberanian yang paling mencabar dalam hidup ialah bukan menghadapi kematian sebaliknya menilai kehidupan itu.

07- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda bermula.

08- Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang kita minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya.

09- Sahabat yang paling setia kepada sesaorang ialah sepluh batang jarinya.

10- Kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.

11- Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.

12- Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.

13- Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi. Begitulah juga sebaliknya bagi mereka yang membuat percaturan kehidupan.

14- Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu, katahuilah tiada jalan kesyurga seandai keredaan ibu tiada diperolehi.

15- Pilihlah persahabatan itu erlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.

16- Apabila anda bermusafir atau mengembara ke negeri orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia menghilangkan kebosanan.

17- Orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang tidakberilmu sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sendiri.

18- Manusia yang sering meletakkan kesalahan dibahu orang lain tanpa menyiasat atau meneliti. Manusia itu sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.

19- Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri. Hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang buruk.

20- Adalkala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. Kebenaran akan terserlah melalui kejujuran setiap tindakkan.

21- Seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan melindunginya dari segala ancaman.

22- Kita sering mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, pada hal kita mampu menjadi seperti itu kalau kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.

23- Ilmu dan amal bagaikan jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah. Begitulah hubungan seorang ayah dan anaknya. Air dicincang tak akan pupus.

24- Cinta itu bagaikan matahari tersembuyi dibalik awan namun masih memberi cahaya. Begitu jugalah ilmu, tidak akan hilang selagi memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.

25- Berbudi kepada tanah hasilnya lumayan, berbudi kepada tanahair jasanya dikenang. Berbudi kepada ibu-bapa tanda kasih seorang anak, berbudi kepada agama hanya Tuhan yang layak membalasnya.

26- Waktu perlu dijaga, andai tidak ia akan jauh dan sukar dikejar, penjelasan perlu menjelaskan apa yang tidak jelas. Waktu itu ia mungkin dijelaskan setelah kita memahami diri masing-masing.

27- Menangguhkan kerja adalah pencuri masa dan pencuri kehidupan.

28- Jangan memberi banyak alasan untuk menyelesaikan penangguhan matlamat anda.

29- Latih diri anda supaya berfikir positif dalam masa 7 hari berturut-turut, anda akan dapati suatu perubahan yang amat positif dalam cara berfikir.

30- Mendisiplinkan diri merupakan cara bagaimana anda boleh mematuhi undang-undang/peraturan-peraturan dunia atau pun akhirat.

31- Meletak sejuta usaha lebih baik dari meletak sejuta angan-angan. Sumber: http://www.familiazam.com...

32- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.

33- Kehiduapan bukanlah kesenangan yang berterusan, tetapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.

34- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupuntidak kelihatan cantik ia tatap mempunyai berjuta makna.

35- Hidup ini adalah warna-warna yang dilukiskan pada kanvas, walaupun tidak kelihatan cantik ia tetap mempunyai berjuta makna.

36- Kehidupan bukanlah kesenangan yang berterusan, tapi masalah yang menghasilkan kekuatan, keazaman dan kerja keras.

37- Prinsip kematangan hidup yang paling kuat terselindung disebalik pilihan-pilihan yang dibuat.

38- Tujuan saya dalam hidup ialah berpegang pada diri sendiri walau apapun yang berlaku, dan bukan mementangnya.

39- Takdir yang tertinggi seorang individu ialah untuk memberi khidmat daripada memberi arahan.

40- Ujian keberanian yang paling mencabar dalam hidup ialah bukan menghadapi kematian sebaliknya menilai kehidupan itu.

41- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda bermula.

42- Sikap tidak memaafkan merupakan racun yang kita minum sementara kita harapkan orang lain akan mati dengannya.

43- Sahabat yang paling setia kepada sesaorang ialah sepluh batang jarinya.

44- Kegembiraan bukanlah satu destinasi, tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.

45- Hormatilah pandangan orang lain jika kamu mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.

46- Bangkitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.

47- Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi. Begitulah juga sebaliknya bagi mereka yang membuat percaturan kehidupan.

48- Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu, katahuilah tiada jalan kesyurga seandai keredaan ibu tiada diperolehi.

49- Pilihlah persahabatan itu erlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan atau kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.

50- Apabila anda bermusafir atau mengembara ke negeri orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia menghilangkan kebosanan.

51- Orang yang berilmu sering diam dari berkata-kata yang tidak berfaedah sedangkan orang tidakberilmu sering berbicara tanpa fakta dan hanya menampakkan kebodohannya sendiri.

52- Manusia yang sering meletakkan kesalahan dibahu orang lain tanpa menyiasat atau meneliti. Manusia itu sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.

53- Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal kelak binasa diri. Hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan yang buruk.

54- Adakala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. Kebenaran akan terserlah melalui kejujuran setiap tindakkan.

55- Seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan melindunginya dari segala ancaman.

56- Kita sering mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, pada hal kita mampu menjadi seperti itu kalau kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.

57- Ilmu dan amal bagaikan jiwa yang bersatu, tercicir salah satu ibarat busur tanpa anak panah. Begitulah hubungan seorang ayah dan anaknya. Air dicincang tak akan pupus.

58- Cinta itu bagaikan matahari tersembuyi dibalik awan namun masih memberi cahaya. Begitu jugalah ilmu, tidak akan hilang selagi memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.

59- Berbudi kepada tanah hasilnya lumayan, berbudi kepada tanahair jasanya dikenang. Berbudi kepada ibu-bapa tanda kasih seorang anak, berbudi kepada agama hanya Tuhan yang layak membalasnya. Sumber: http://www.familiazam.com...

60- Waktu perlu dijaga, andai tidak ia akan jauh dan sukar dikejar, penjelasan perlu menjelaskan apa yang tidak jelas. Waktu itu ia mungkin dijelaskan setelah kita memahami diri masing-masing.

61- Kegagalan adalah permulaan bagi menimba pengalaman untuk berjaya. Bangkitlah dan jangan ulangi kesilapan yang sama, belajar untuk lebih kreatif dalam menyelesaikan sesuatu masalah.

62- Perasaan marah, tertekan atau sedih adalah apa yang anda beritahu kepada diri sendiri. kaji semula kemahuan anda. Kesempurnaan? Rasa anda tahu tentang segalanya? Ia mungkin puncanya.

63- Ikut kata hati pertama dalam membuat keputusan, kerana bisikan kata hati kedua kerap disulami keraguan dan kata hati ketiga pula terselit lafaz dari pujukan nafsu.

64- Ketawa melancarkan perjalanan darah, mengurangkan tekanan darah, mengurangkan stress dan menggalakkan pengeluaran endorphins, bahan kimia semulajadi untuk awet muda.

65- Sifat malas akan menyebabkan kita suka menangguh kerja, melalaikan kita, membuat kita sering lupa membuat sesuatu dan membuat kita jauh ketinggalan dengan orang yang telah berjaya.

66- Rajin terbahagi kepada dua, rajin yang ikhlas dan rajin yang menunjuk-nunjuk. Uasha biarlah ikhlas untuk kebaikan diri dan bukannya untuk mempopularkan diri dengan kerajinan sementara.

67- Sering mengeluh? Keluhan itu sebenarnya menjadi benteng keberkesanandiri, seolah-olah telah kalah sebelum berjuang. Bersyukurlah kepada Allah kerana masih mampu hidup dimuka bumi ini.

68- Waktu perlu dijaga, andai tidak ia akan jauh dan sukar dikejar. Penjelasan perlu bagi menjelaskan apa yang tak jelas. Waktu itu ia mungkin dijelaskan setelah kita memahami diri masing-masing.

69- Berbudi kepada tanah, hasilnya lumayan. Berbudi kepada tanah air, jasanya dikenang. Berbudi kepada ibu-bapa, tanda kasih seorang anak. Berbudi kepada agama, hanya Tuhan yang layak membalasnya. Sumber: http://www.familiazam.com...

70- Cinta itu bagaikan matahari tersembunyi di balik awan namun masih memberi cahaya. Begitu jugalah ilmu, tak akan hilang selagi masih memberi pelajaran dan pengetahuan kepada orang lain.

71- Kita sering mengagung-agungkan orang lain dan bangga dengan apa yang ada pada mereka, padahal kita mampu menjadi seperti itu jika kita bergerak dari tempat kita banggakan sebelum ini.

72- Seorang lelaki yang budiman memelihara agamanya, maruah dirinya, kehormatan keluarganya dan menjadikan seorang wanita sebagai teman dan melindunginya dari segala ancaman.

73- Adakala kita perlu menjadi sombong kepada manusia yang sombong dan ada kalanya kita perlu mengalah biarpun kita yang benar. kebenaran akan terserlah melalui kejujuran dalam setiap tindakkan.

74- Akal dan nafsu sering bersaing, jangan biarkan nafsu menunggang akal, kelak binasa diri. hendaklah akal menumpang nafsu supaya terpelihara dari perbuatan buruk.

76- Apabila anda bermusafir/mengembara ke tempat orang, jadikan gurau senda sebagai perkara yang menyenangkan hati, kerana ia akan menghilangkan kebosanan.

77- Pilihkah persahabatan itu berlandaskan kejujuran dan setiakawan bukan kerana kekayaan/kemegahan kerana itu tidak kekal lama, seperti usia manusia akhirnya tua dan mati.

78- Sembilan bulan sepuluh hari adalah waktu kita berada dalam rahim ibu. Ketahuilah bahawa tiada jalan kesyurga seandainya keredhaan ibu tidak diperolehi.

79- Manusia yang berjudi dengan kehidupan adalah manusia yang sering meletakkan posisinya dalam risiko yang tinggi begitu jugalah sebaliknya. Sumber: http://www.familiazam.com...

80- Manusia yang sering meletakkan kesalahan di bahu orang lain tanpa menyiasat/meneliti terlebih dahulu maka dia sebenarnya menjadi musuh dengan apa yang dia tidak ketahui.

81- Bangitlah dari kisah semalam. Jangan jadikan ia sebagai jalan perhentian, seharusnya tinggalkan dan bina semula landasan kehidupan untuk menuju cita-cita yang lebih besar.

82- Hormatilah pandangan orang lain jika anda mahu pandangan anda dihormati dan diingati oleh orang lain.

83- Kegembiraan bukanlah satu destinasi tetapi merupakan satu kaedah kepada kehidupan.

84- Sahabat yang paling setia kepada sesaorang ialah sepuluh batang jarinya.

85- Keadaan anda sekarang bukan penentu arah mana yang anda boleh tuju tetapi menentukan dimana anda harus bermula.

86- Jika anda bekerja semata-mata untuk wang, anda tidak akan menjadi kaya kerananya.
Tetapi jika anda mencintai pekerjaan yang anda lakukan kejayaan akan menjadi milik anda.

87- Hampir 95% segala sesuatu yang anda fikirkan dan rasakan adalah kebiasaan dan otomatis ditentukan oleh perilaku-perilaku dan pengalaman-pengalaman di masa lalu.

88- Orang-orang yang sihat dan bahagia adalah mereka yang menghadapi kenyataan-kenyataan hidup mereka secara langsung. Namun tidak berharap hal itu berubah secara langsung.

89- Ramai orang yang boleh membeli jam tangan yang tinggi harganya tetapi tidak ramai yang boleh menepati masa yang berharga.

90- Dua orang yang paling gagal dalam hidup, orang yang tidak cekap membuat apa yang disuruh dan orang yang hanya membuat apa yang disuruh.

91- Kemahuan itu merupakan perkara penting, Ada bakat pun jika tiada kemahuan dan kesungguhan kita tidak boleh berjaya. Sumber: http://www.familiazam.com...

92- Orang yang hebat bertindak sebelum berkata dan dia berkata selaras dengan tindakkannya.

93- Jika anda mahu membuat sesuatu, anda akan cari jalan. Jika anda tidak mahu membuat sesuatu, anda akan cari berbagai alasan.

94- Kurang semangat mengakibatkan lebih banyak kegagalan berbanding kurangnya kebijaksanaan atau kemahiran.

95- Jika yujuan anda jelas, anda boleh mencapainya dengan mudah.

96- Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah. Sumber: http://www.familiazam.com...

97- Minda yang mahu akan memudahkan perjalanan yang susah.

98- Manusia tidak merancang untuk gagal tetapi mereka gagal untuk merancang.

99- Manusia yang tidak berharap untuk menang telah sedia kalah sebelum berjuang.

100- Anda tidsk boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya barulah pengalaman itu datang